Thursday, October 9, 2008

Mengenali Mu Ya Allah

mengenali Mu ya Allah
rasa-rasa makin rindu
yakin
itu sudah tidak pernah aku tanyakan pada diriku
kepada kalbuku
kerana sejak aku tahu mengenal kehidupan
ketika masih belum mengaji muqaddam dan al quran
aku sudah diberi kenal
ada bintang ada bulan
dan matahari
dan awan
ada yg menjadikan

begitu aku terasa
tanpa bertanya
aku ingin makin mendalam

sudahku terima kenyataan
bahwa alam jagat dan seluruh makhluk ini
ada menjadikan
ciptaan Mu Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang

berulang-ulang dalam hidupku diberi nafas
berterusan menghayati nikmat
makan minum dan tidur berehat
maka dada ku penuh mengingati nama Mu
sentiasa

dibiriku dan degup jantung ku
sentiasa mengingati Mu
adalah tanda ku dalam ikatan Mu
maka apabila aku diberi hayat
di alam jagat Mu
bergerak bekerja
mencari makan
dan bergaul dengan insan-insan dan umat Mu
nama Mu terasa terus jadi sebutan
degup hatiku

dan apa dan bagaimana
dan dimana aku berada
aku sentiasa dikurniai inayah Mu ya Allah
maka aku sentiasa mengingat Mu

maka dalam bersorak bergerak dan berteriak
untuk apa untuk bagaimana
aku tiba-tiba saja seperti digerak
oleh satu kuasa menyentuh dalam kalbu ku
maka aku menjadi terkelu
mati teriak sorak ku
kerana nafasku
terasa tinggal satu, satu

maka tahu aku ya Allah
lonjak dan sorak
gelak dan teriak
bisa sekali lenyap dalam satu helaan nafas
ketika dalam kealpaan
menghayati dalam kefanaan